Monday, October 12, 2009

DEFINISI V I R U S

VIRUS


 

Istilah virus komputer bukanlah suatu yang asing apabila kita bercerita tentang teknologi komputer. Ia berkembang pesat seiring dengan kepantasan teknologi komputer itu sendiri. Virus komputer merupakan program ciptaan manusia yang dicipta dengan tujuan untuk melakukan kemusnahan atau kerosakan kepada sistem komputer.Virus diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara seperti memusnahkan fail maklumat atau fail sistem komputer, menyesakkan kandungan cakera keras dengan bertindak membuat salinan yang banyak pada setiap fail yang dijangkiti, memformat cakera keras dan banyak lagi.


 

Untuk dikategorikan sebagai virus, ia mesti memenuhi 2 kriteria. Pertama, ia mesti boleh menjalankan dirinya sendiri dengan menempatkan kodnya dalam program lain. Kedua,  program itu mesti boleh melakukan percambahan sendiri dengan menggantikan fail komputer sedia ada dengan fail yang dijangkiti virus.Terdapat juga virus yang diprogramkan untuk bertindak pada masa atau hari tertentu; yang telah ditetapkan oleh penciptanya. Contohnya ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahaan amat besar pada tahun 1991. Ia diprogramkan untuk aktif pada hari lahir pencipta virus tersebut. Komputer yang telah dijangkiti virus ini akan menyebabkan cakera keras komputer tersebut diformat; apabila komputer tersebut dihidupkan pada tarikh hari lahir penciptanya.


 

Terdapat banyak cara virus boleh merebak atau menjangkiti komputer lain. Contohnya melalui perkongsian penggunaan disket atau pen drive yang telah dijangkiti virus, perkongsian fail dalam rangkaian, melalui emel (biasanya disertakan melalui attachment), dari program @ perisian yang dimuatturun  melalui internet dan tidak terkecuali melalui ruang chat seperti mIRC. Oleh itu, amat penting bagi sesebuah komputer mempunyai perisian antivirus bagi menangkis ancaman virus komputer. Pastikan perisian antivirus itu selalu dikemaskini
secara kerap dan berterusan. Selain itu, pastikan perisian antivirus anda boleh mengimbas emel dan laman web semasa melayari internet.


Tambahkan lagi keselamatan komputer anda dengan memasang perisian Firewall bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan kepada komputer anda.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment